Backgrounds & Polka Dot Backgrounds
-->

Wednesday, November 19, 2014

.....

Assalamualaikum,

Belakangan ni, aku rasa aku makin jauh daripada dia.Aku merasakan aku makin lupa diri. Aku seolah-olah menjauhkan diri daripada dia. Walhal, dialah yang selalu menjadi peneman aku, selalu mendegar rintihan hati aku, dan selalu beri aku harapan.Dialah 'A', yang abadi dalam hati aku.

Sesungguhnya, di waktu kejatuhan aku, di waktu aku sedih kau tak pernah jauh dari aku Ya Allah.Tiada 'A' yang boleh mengisi ruang dalam hatiku ini ya Allah. Sejujurnya, aku tak pernah memberi cinta aku kepada mana-mana 'A' seperti yang digembar-gemburkan.Engkaulah 'A' yang sering bertakhta dalam hati aku.

Ya Allah, aku merayu kepadamu, peliharalah aku daripada kejahatan dunia. Peliharalah aku daripada setiap kemungkaran yang berlaku di dunia ini Ya Allah, aku rindu ramadan yang lalu. Aku rindu saat-saat aku menghabiskan masa-masa aku menghadapmu.Sesungguhnya, saat paling indah dalam hidup aku bila engkau membuka peluang dan ruang untuk aku menghadapmu.Terima kasih Ya Allah, aku percaya apa yang aku rasa ni pasti sukar untuk diungkapkan kepada orang lain kerana kemanisannya hanya engkau dan aku sahaja yang rasa.

Ya Allah, aku berjanji kepadamu, aku akan menjadi manusia yang taat akan perintahmu dan akan menjadi hambamu yang solehah.Insyaallah.... Aku rindu padamu Ya ALLAH... :'(

Wednesday, November 5, 2014

Kisah aku dan pejabat

Assalamualaikum,

Semenjak bekerja, aku tak penah post gamba aku dan rakan-rakan satu department, senang cite gamba yang adalah ialah gamba selfie bak nora danish tak berapa nak siap.Haha..Ini sebab takde orang nak amek kan gamba aku sob sob.

Sebnanya aku adalah seorang pemalu, bila beraksi depan kamera muka aku suci persis bayi yang baru dilahirkan. Jadi, mak aku habaq, tak baik hipokrit. Jadi, bila selfie diperkenalkan, aku adalah manusia yang mula-mula sekali faham erti keterujaan. Lihat sahaja dekat dalam fon aku, 3267426478748&*^%!@###$ keping gambar 'selfie' aku. . Tapi, dun worry bebeh, aku selfie sorang-sorang, tak mainlah tayang kat fesbuk, aku cintakan privacy. So, yeahh sebab itu aku bukan dilahirkan dalam kalangan retiss walaupun darah yang mengalir dalam badan aku ni ada kacukan seni.

Zaman belajar aku adalah sangat berbeza dengan masa aku bekerja. Dulu, aku boleh dikatakan berkawan dengan orang yang letop dan femes. Bukan aku yang nak act, depa yang nak...aku ok je universal la katakan..So, tempiasnya dapatlah sikit aku rasakan. Kalau dulu, aku aktif join berlakon,menyanyi bla bla bla, so secara tidak langsung bahang nora danish tu sipi-sipi dah kene kat aku.
Sebab tulah, aku tak heran sangat populariti bagai ni..muahhaha

Bukan itu je, zaman bergelar pelajarlah aku berani buat hal ponteng kelas, lewat datang kelas, makan nasi lemak, buli orang, meniru tu toksah cite every sem aku buat, nasib baik aku berpengalaman coverline cemerlang, tapi kenakalan aku tu terbatas semenjak aku berkawan/sebilik dengan budak-budak dekan. Secara tidak langsung, aku pun turut jadi insaf dan kembali ke pangkal jalan..Hasilnya seperti yang korang nampaklah skang, laili yang ayu,manis lagi bersopan-santun kekal hingga ke hari ini....muahhahah

Nak dijadikan cerita dan dipendekkan cerita supaya related dengan tajuk entry aku, zaman kegemilangan aku diteruskan apabila aku berkhidmat di bawah pusat RNI,MKM. I absolutely feel grateful cuz having colleague macam diorang because we help each other..walaupun aku yang paling muda dan comel.hahah

So, that's it..Enjoy?yay or nay? Nah aku blanje gamba...haha

Bye,,,
Much love
Ayoko

nasib aku pakai heels yg betul2 heels.heee

waktu 5S, dah macam mangsa banjir aku tgk

kan dah kata,bab selfie aku demam pon bleh sihat

masa kolokium,Melaka..yg laki 2 orang tu pembuli!! pembuliiii!!

during BP yang aku jd emcee kengkononnya tu..hihi

boleh tahan playboy abby yus nii

sesi bermaaf-maafan selepas masing2 kutuk each other..haha